Usia 10 tahun

Ya, Allah kenapalah tahun ini Engkau tidak cabut sahaja nyawa hambaMu ini dari muka bumi ini. Tahun yang mana segala perhitungan amal belum lagi di buat. Dosa pahala belum lagi di kira. Putera masih lagi leka dengan perjuangan hidupnya dengan permainan dan kawan-kawannya. Pelajaran adalah perkara ke-2 bagi putera ketika di sekolah mahupun di rumah. Ibu putera sangat memahai apa jua alasan yang diberikan. Di raut muka putera seolah-olah ada jawapan dalam setiap gerak geri putera, inilah hebatnya ibu yang di sayanginya walaupun tanpa pendidikan, tapi cukup berpengalaman dalam urusan rumahtangga. "Terima kasih Ibu, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Ibu". Kedudukan peperiksaan putera masih lagi tidak berubah dari tahun satu sehinggalah tahun ini ( tahun 4 ), kelas yang di dudukinya masih lagi dari tahun 1 ( kelas C ).

Pagi-pagi lagi si ayah meninggalkan anak-anaknya selepas menunaikan solat subuh di masjid untuk menunaikan tanggungjawap mencari rezeki untuk memelihara kami semua. " Terima kasih ayah, walaupun keperitan hidup yang melanda, engkau tetap tabah mencari rezeki yang halal kepada kami, ayahlah terlalu baik, sekaya mana pun anakmu ni nanti tidak akan dapat membalas balik jasa mu ayah. Anakmu ni tidak melupakan itu semua, Ya Allah, jika ada sebuah syurga yang Engkau sediakan kepada hamba-hambaMu yang sentiasa bersabar, maka Engkau masukkanlah ayah dan ibu ku ke dalamnya"

Kenakalan si putera tidak terhenti di situ sahaja, pernah satu kejadian yang sehingga ini putera tidak dapat lupakan, semasa bermain-main dengan kawan-kawan di halaman rumah, putera terkena paku berkarat yang tercucuk di lutut putera kira-kira 4 inci masuk ke dalam. kaki putera tidak dapat bergerak. Putera meraung-raung menangis kesakitan. Kesan luka tersebut sampailah sekarang ini. Inilah luka yang paling sakit yang pernah putera terima. Hadiah kepada kenakalan putera ini. heheheheh...

0 komen: