Usia 13 tahun

Wah.... satu lagi dunia baru bagi putera bila terpisah dari kawan-kawan yang sentiasa memahami permasalahan putera. Putera telah beralih sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kawan-kawan putera telah di tempatkan di Sek Men Pekan Kudat, putera pula telah di tukarkan oleh ayahnya ke SM ST Peter Kudat atas dasar kemapuan membayai kos penganggkutan ulang alik dari sekolah ( Sek Men Pekan Kudat ). Sekolah baru putera ini dekat sahaja dengan rumahnya, membolehkan putera ulang alik berjalan kaki sahaja. Ayah putera tidak pernah memilih bulu dari segi memberi kasih sayang kepada anak-anaknya. Terima Kasih ayahku.... Ayah putera tidak pernah berkerut dahi di hadapan anak-anaknya meksipun duit dalam kocek poketnya tak ada, ayah sentiasa mencari sesuatu untuk memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Hujan lebat, sakit, musim kemarau dan sebarang dugaan di hadapinya dalam ketenangan dalam memelihara anak-anaknya bagi mencapai kejayaan. " Ya Allah, jika Engaku berikan 1 dunia dan seisinya harta kepadaku, maka aku lebih memilih ayahku daripadanya".

Putera bertemu dengan kawan-kawan barunya. Putera masih lagi tidak mengenal erti sebuah kesusahan,kepayahan seorang ayah mencari rezeki. Jika Allah matikan putera tahun ini, pasti dan pasti putera akan di tempatkan di tempat yang amat dasyat sekali, tapi Allah Maha Memahami dan Penyayang. Usia putera telah tertulis amal baik buruk oleh Malaikat. Soal wajib,sunat,haram,harus telah di ambil kira. Tapi putera masih alpa lagi dalam mentaati perintah Allah lebih-lebih lagi dalam perkara solat. Solat putera masih "chip smoo", solat bila ada masa dan tanpa paksaan dari sesiapa melainkan atuknya ( dah pergi selama-lamanya ). Ayah putera tidak pernah bertanya adakah anaknya dah solat atau belum. Kasih sayang ayah dan ibu putera dalam memberi perkhidmatan jasmani sahaja tapi dari segi rohani ayah dan ibu masih kabur-kabur lagi. Inilah keluarga putera.

Dunia baru putera terbentang luas tanpa mengenal erti kehidupan sebenar. Putera masih dalam kekalutan di tambah lagi berkawan dengan kekawan yang setaraf dengannya. Putera beberapa kali terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik tetapi Allah melindungi putera dari melakukan kesalahan-kesalahan yang berat. Putera mula mengikuti jejak kekawan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, membuat masalah di sekolah. Putera masih jahil lagi. Putera tidak pernah sedar lagi bahawa keluarga putera bukan dari golongan yang berada. Berbekalkan 20 sen atau 30 sen sehari untuk belanja, kekadang tu tidak ada itupun putera masih tidak pernah terfikir bahawa kemiskinan hidupnya akan berterusan bila sikap ini diteruskan.

Pada masa yang sama, minat putera dalam subjek matematik mula timbul kerana sikap ambil tahu cikgunya. Terima kasih cikgu ku, ini semua berkat usaha mu dalam mendidik anak bangsa mu. Subjek-subjek lain, putera tidak ambil kisah sangat. Putera mula belajar berfikir, mengkaji dan mengenalpasti masalah. Bagi putera, subjek matematik adalah suatu subjek yang unik. Subjek yang perlu berfikir, perlukan ketepatan dalam mengenalpasti masalah. Ya Allah, Maha Hebat Engkau dalam memberi ilmu kepada hamba-hambaMu. MatematikMu lebih tepat berbanding dengan matematik hambaMu ( perancangan ). Bila cikgu memberi soalan matematik, putera akan mencari jawapan sehingga dapat meksipun masa mainnya telah di ambil. Putera tidak pernah gunakan pada subjek-subjek yang lain. Putera lebih arif menghafal sifir berbading ayat-ayat Al-Quran sebab putera masih buta Quran. Masih merangkak-rangkak lagi meksipun dah berusia 13 tahun. Putera masih jahil.

Ya Allah, Engkau berikan tahun ini putera sedikit nikmat meksipun putera masih mengabaikan tanggungjawap sebagai hambaMu. Putera banyak membuat perkara-perkara yang bertentang dari syiar Mu, tapi Engkau masih memberi nikmatMu. Maha Besar Engkau Ya Allah, tiada suatu yang melebih kemampuanMu. Andai kata hambaMu ini tahu sujud syukur tika itu, akan ku buat untuk Mu, Ya Allah.

0 komen: