Usia 13 tahun

Wah.... satu lagi dunia baru bagi putera bila terpisah dari kawan-kawan yang sentiasa memahami permasalahan putera. Putera telah beralih sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kawan-kawan putera telah di tempatkan di Sek Men Pekan Kudat, putera pula telah di tukarkan oleh ayahnya ke SM ST Peter Kudat atas dasar kemapuan membayai kos penganggkutan ulang alik dari sekolah ( Sek Men Pekan Kudat ). Sekolah baru putera ini dekat sahaja dengan rumahnya, membolehkan putera ulang alik berjalan kaki sahaja. Ayah putera tidak pernah memilih bulu dari segi memberi kasih sayang kepada anak-anaknya. Terima Kasih ayahku.... Ayah putera tidak pernah berkerut dahi di hadapan anak-anaknya meksipun duit dalam kocek poketnya tak ada, ayah sentiasa mencari sesuatu untuk memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Hujan lebat, sakit, musim kemarau dan sebarang dugaan di hadapinya dalam ketenangan dalam memelihara anak-anaknya bagi mencapai kejayaan. " Ya Allah, jika Engaku berikan 1 dunia dan seisinya harta kepadaku, maka aku lebih memilih ayahku daripadanya".

Putera bertemu dengan kawan-kawan barunya. Putera masih lagi tidak mengenal erti sebuah kesusahan,kepayahan seorang ayah mencari rezeki. Jika Allah matikan putera tahun ini, pasti dan pasti putera akan di tempatkan di tempat yang amat dasyat sekali, tapi Allah Maha Memahami dan Penyayang. Usia putera telah tertulis amal baik buruk oleh Malaikat. Soal wajib,sunat,haram,harus telah di ambil kira. Tapi putera masih alpa lagi dalam mentaati perintah Allah lebih-lebih lagi dalam perkara solat. Solat putera masih "chip smoo", solat bila ada masa dan tanpa paksaan dari sesiapa melainkan atuknya ( dah pergi selama-lamanya ). Ayah putera tidak pernah bertanya adakah anaknya dah solat atau belum. Kasih sayang ayah dan ibu putera dalam memberi perkhidmatan jasmani sahaja tapi dari segi rohani ayah dan ibu masih kabur-kabur lagi. Inilah keluarga putera.

Dunia baru putera terbentang luas tanpa mengenal erti kehidupan sebenar. Putera masih dalam kekalutan di tambah lagi berkawan dengan kekawan yang setaraf dengannya. Putera beberapa kali terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik tetapi Allah melindungi putera dari melakukan kesalahan-kesalahan yang berat. Putera mula mengikuti jejak kekawan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, membuat masalah di sekolah. Putera masih jahil lagi. Putera tidak pernah sedar lagi bahawa keluarga putera bukan dari golongan yang berada. Berbekalkan 20 sen atau 30 sen sehari untuk belanja, kekadang tu tidak ada itupun putera masih tidak pernah terfikir bahawa kemiskinan hidupnya akan berterusan bila sikap ini diteruskan.

Pada masa yang sama, minat putera dalam subjek matematik mula timbul kerana sikap ambil tahu cikgunya. Terima kasih cikgu ku, ini semua berkat usaha mu dalam mendidik anak bangsa mu. Subjek-subjek lain, putera tidak ambil kisah sangat. Putera mula belajar berfikir, mengkaji dan mengenalpasti masalah. Bagi putera, subjek matematik adalah suatu subjek yang unik. Subjek yang perlu berfikir, perlukan ketepatan dalam mengenalpasti masalah. Ya Allah, Maha Hebat Engkau dalam memberi ilmu kepada hamba-hambaMu. MatematikMu lebih tepat berbanding dengan matematik hambaMu ( perancangan ). Bila cikgu memberi soalan matematik, putera akan mencari jawapan sehingga dapat meksipun masa mainnya telah di ambil. Putera tidak pernah gunakan pada subjek-subjek yang lain. Putera lebih arif menghafal sifir berbading ayat-ayat Al-Quran sebab putera masih buta Quran. Masih merangkak-rangkak lagi meksipun dah berusia 13 tahun. Putera masih jahil.

Ya Allah, Engkau berikan tahun ini putera sedikit nikmat meksipun putera masih mengabaikan tanggungjawap sebagai hambaMu. Putera banyak membuat perkara-perkara yang bertentang dari syiar Mu, tapi Engkau masih memberi nikmatMu. Maha Besar Engkau Ya Allah, tiada suatu yang melebih kemampuanMu. Andai kata hambaMu ini tahu sujud syukur tika itu, akan ku buat untuk Mu, Ya Allah.

Usia 12 tahun


" Adik, dah belajar kah ni..... Ayah nampak kamu asik dengan permainan aja, bila masa belajar ni ". " Kejab lagilah ayah.." Nilah sikap putera bila di rumah. Tahun ini, putera duduk peperiksaan UPSR, dalam diri putera tidak ada erti belajar, putera tidak mengenal erti derita keluarga malah baginya sentiasa redoh dengan apa yang ada. Sikap redoh inilah membuat putera tidak berminat dengan pelajaran. Ya Allah, jika Engkau cabut nyawa putera tahun ni, Putera mungkin di kalangan para ahli neraka ( Nawuzubillah ). Syukur kehadratMu ya Allah, masih memberi peluang hambaMu ini menikmati kehidupan sementara ini meskipun hambaMu tidak mengenalMu. Putera baru belajar erti solat. Erti sebuah tanggungjawap kepada yang Hak. Tapi, ia masih mengikut mood putera, jika nampak orang solat, maka putera pun solat. Putera masih lagi buta dalam mengenal erti solat khsyuk. Keperitan hidup tidak menghalang untuk keluarga putera merubah keadaan menjadi lebih baik. Tahun inilah abg sulung putera di ambil sebagai tenaga pengajar sementara di SM ST Peter Kudat kerana mendapat keputusan SPM yang baik. Tahun inilah juga rumah putera mendapat cahaya ketika malam ( bekalan elektrik ) dan TV hitam putih. Kelalaian putera dalam peperiksaan UPSR pun bertambah. Dulu dengan permaiannya sekarang ini dengan TV. Bila rancangan kegemeran putera, maka putera sentiasa memberi alasan membuatkan emak sentiasa akur dengan permintaan putera. Ibu putera yang garang, bila melihat anak bungsu lelakinya muka seposen ( hehehehe.... ) cairlah hatinya.. Putera sayang ibu.. Ya Allah tempatkan Ibuku dalam golongan-golongan yang sabar.

Ketika mengambil keputusan UPSR, putera dengan rakan sekelasnya berpesta. Dah berpakat, berapa sahaja keputusan UPSR yang diumumkan mesti gembira. Setiap orang membawa kuih muih dari rumah. Putera pun sama, siap minta tolong Ibu masakkan apa yang ada aja. Bila keputusan UPSR di berikan, putera hanya dapat 4C saja, kekawan putera yang lain ada yang dapat 2B 2C, 3C 1D, 4D, 2D 2E, 4E..... putera dapat ke-3 yang terbaik dalam kelas C, hehehe.... " Kamu buat apa dengan ni semua" saut cikgu putera kepada kelas putera. Bangun seorang kawan putera, " cikgu, nilah yang kami dapat, kami syukurlah, jadi kami nak bergembira, mana tahu lepas ini kami tak dapat jumpa kawan-kawan lagi. Pada masa yang sama pelajar-pelajar kelas A dan B, menitiskan air mata, air mata kesedihan dan kegembiraan dengan UPSR yang mereka perolehi, ada yang dapat 3A1B,2A2B,1A3B,4B..... Inilah keunikan kelas putera, kelas yang tak pernah berubah dari tahun 1 hingga tahun 6.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini setiasa menipu Mu, tapi Engkau limpahkan rahmat kepada hati-hati ini. Jika seluruh dunia dan seisinya beramal baik pada Mu, tidak akan bertambah keagungan Mu, jika seluruh dunia dan isinya melakukan kemurkaan kepada Mu, tidak akan berkurang kemulianMu. Ya Allah, berikanlah keimanan kepada hambaMu ini. HambaMu ini banyak melakukan kesalahan kepada Mu.


Terima kasih ayah... terima kasih ibu... putera sayang ayah ibu.

Usia 11 tahun

Tahun ini adalah tahun yang murung bagi keluarga putera, pemergian Atuk yang di sayangi buat selama-lamanya. Fikiran abang sulung putera bertambah kusut, siapa lagi yang mengajar abang tentang dunia islam. Atuk amat tegas dalam mengajar cucu-cucunya dalam mengamalkan fardu ain ( solat ), tapi putera masih lagi tidak di paksa oleh atuk, putera selalu mengadu masalah dengan atuk. Pemergian atuk cukup menguji putera, ini kerana sebelum atuk pergi buat selama-lamanya ia pada hari itu ia seperti orang yang tak pernah sakit. Putera masih ingat lagi, kakak sepupu pergi ke sekolah putera untuk memberitahu kepada putera dan kakak bahawa atuk dah pergi, puteralah yang menangis meraung-raung sambil memeluk kakak sepupu dan soalan demi soalan di tanya sambil air mata mengalir. Sampai sahaja di hadapan rumah, si Ibu yang sangat memahami isi hati putera lalu memeluk putera dan menenangkan hati putera yang sangat sedih. Ibu pesan, " Nak, Allah sayangkan atuk kamu, biarlah dia pergi dalam keadaan kita redoh, cukuplah.... dah.. jangan nangis lagi, atuk kamu dah banyak tinggalkan kebahagian pada kita". Putera pun rasa tenang dengan kata-kata si Ibu.

Ya, Allah.. Engkau cabut nyawa hamba-hambaMu yang soleh dahulu kenapa tidak hambaMu ini sahaja ( yang banyak dosa ), runggut putera dalam hatinya. Putera tidak lagi memahami erti kehidupan selepas kematian, kehidupan yang membawa kepada perhitungan amal. Jika Engkau cabut nyawa ini, pasti belum lagi akan di tuntut kerana ketika ini baik buruk belum di amal lagi. Alangkah baiknya... Tapi Allah Maha Mengetahui kehidupan hamba-hambaNya. Sekali lagi syukur ke hadrat Mu, Ya Allah. Putera masih lagi memcari-cari ERTI MEMBERI...

Usia 10 tahun

Ya, Allah kenapalah tahun ini Engkau tidak cabut sahaja nyawa hambaMu ini dari muka bumi ini. Tahun yang mana segala perhitungan amal belum lagi di buat. Dosa pahala belum lagi di kira. Putera masih lagi leka dengan perjuangan hidupnya dengan permainan dan kawan-kawannya. Pelajaran adalah perkara ke-2 bagi putera ketika di sekolah mahupun di rumah. Ibu putera sangat memahai apa jua alasan yang diberikan. Di raut muka putera seolah-olah ada jawapan dalam setiap gerak geri putera, inilah hebatnya ibu yang di sayanginya walaupun tanpa pendidikan, tapi cukup berpengalaman dalam urusan rumahtangga. "Terima kasih Ibu, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Ibu". Kedudukan peperiksaan putera masih lagi tidak berubah dari tahun satu sehinggalah tahun ini ( tahun 4 ), kelas yang di dudukinya masih lagi dari tahun 1 ( kelas C ).

Pagi-pagi lagi si ayah meninggalkan anak-anaknya selepas menunaikan solat subuh di masjid untuk menunaikan tanggungjawap mencari rezeki untuk memelihara kami semua. " Terima kasih ayah, walaupun keperitan hidup yang melanda, engkau tetap tabah mencari rezeki yang halal kepada kami, ayahlah terlalu baik, sekaya mana pun anakmu ni nanti tidak akan dapat membalas balik jasa mu ayah. Anakmu ni tidak melupakan itu semua, Ya Allah, jika ada sebuah syurga yang Engkau sediakan kepada hamba-hambaMu yang sentiasa bersabar, maka Engkau masukkanlah ayah dan ibu ku ke dalamnya"

Kenakalan si putera tidak terhenti di situ sahaja, pernah satu kejadian yang sehingga ini putera tidak dapat lupakan, semasa bermain-main dengan kawan-kawan di halaman rumah, putera terkena paku berkarat yang tercucuk di lutut putera kira-kira 4 inci masuk ke dalam. kaki putera tidak dapat bergerak. Putera meraung-raung menangis kesakitan. Kesan luka tersebut sampailah sekarang ini. Inilah luka yang paling sakit yang pernah putera terima. Hadiah kepada kenakalan putera ini. heheheheh...

;;