Usia 11 tahun

Tahun ini adalah tahun yang murung bagi keluarga putera, pemergian Atuk yang di sayangi buat selama-lamanya. Fikiran abang sulung putera bertambah kusut, siapa lagi yang mengajar abang tentang dunia islam. Atuk amat tegas dalam mengajar cucu-cucunya dalam mengamalkan fardu ain ( solat ), tapi putera masih lagi tidak di paksa oleh atuk, putera selalu mengadu masalah dengan atuk. Pemergian atuk cukup menguji putera, ini kerana sebelum atuk pergi buat selama-lamanya ia pada hari itu ia seperti orang yang tak pernah sakit. Putera masih ingat lagi, kakak sepupu pergi ke sekolah putera untuk memberitahu kepada putera dan kakak bahawa atuk dah pergi, puteralah yang menangis meraung-raung sambil memeluk kakak sepupu dan soalan demi soalan di tanya sambil air mata mengalir. Sampai sahaja di hadapan rumah, si Ibu yang sangat memahami isi hati putera lalu memeluk putera dan menenangkan hati putera yang sangat sedih. Ibu pesan, " Nak, Allah sayangkan atuk kamu, biarlah dia pergi dalam keadaan kita redoh, cukuplah.... dah.. jangan nangis lagi, atuk kamu dah banyak tinggalkan kebahagian pada kita". Putera pun rasa tenang dengan kata-kata si Ibu.

Ya, Allah.. Engkau cabut nyawa hamba-hambaMu yang soleh dahulu kenapa tidak hambaMu ini sahaja ( yang banyak dosa ), runggut putera dalam hatinya. Putera tidak lagi memahami erti kehidupan selepas kematian, kehidupan yang membawa kepada perhitungan amal. Jika Engkau cabut nyawa ini, pasti belum lagi akan di tuntut kerana ketika ini baik buruk belum di amal lagi. Alangkah baiknya... Tapi Allah Maha Mengetahui kehidupan hamba-hambaNya. Sekali lagi syukur ke hadrat Mu, Ya Allah. Putera masih lagi memcari-cari ERTI MEMBERI...

0 komen: