Usia 14 tahun


"Esok ada game lagi di sekolah, tapi hari ini mesti siapkan kerja dahulu barulah fikir tentang game tu " putera mula memikirkan masalah kerja sekolah yang belum siap lagi. Alhamdulilah, putera mula sedar dengan tanggungjawap sebagai seorang pelajar sekolah. Putera mula belajar dengan kawan-kawan seangkatan dengannya. Tapi putera masih lagi lalai erti sebuah kehidupan yang berteraskan agama. Putera masih lagi buat solat 5 waktu tu macam " Chip More", kalau nak solat, putera solat. Ya Allah, Jika Engkau cabut nyawaku pada masa itu, sudah tentu amal perbuatanku akan di hitung. Ayah dan ibu tak hiraukan sangat tentang solat putera. Tapi, abang sulung putera selalu marah dengan putera. Gara-gara takut dengan abang sulung putera menjadi makmum di belakang abang sulung. Mengaji masih lagi merangkak-rangkak, subjek Pendidikan Islam tak di tekankan sangat. Entah apalah fikiran putera pada masa itu!!!!...

Putera berkawan dengan kawan-kawan yang sama jua, benarlah kata-kata Allah... Allah akan campakkan hati-hati manusia bersesuaian dengan kemahuan manusia, Allah pasangkan manusia dengan pasangan yang sama. Namun, manusia masih juga mendustakan kekuasaan Allah. Ya Allah, Engkau boleh menukar hamba-hambaMu yang membuat kemaksiatan kepada pengabdian kepadaMu dengan sekelip mata sahaja. Putera ini sentiasa meminta pengampunan dariMu.

Putera aktif dalam game di sekolah seperti badminton, bola sepak, sepak takraw dan bola tampar. Putera jua pernah mewakili sekolah dalam sukan badminton dan sepak takraw. Putera mudah mesra dengan kawan-kawan sekelas mahupun kelas yang lain. Putera tidak lari dari melakukan kesalahan setiap minggu. Pasti 1,2 kesalahan mesti putera buat. hihihih.... kesalahan yang paling kerap putera buat ialah membuang sampah merata-rata tempat. Kes ikut kawan ponteng sekolah pun pernah. hihi... sabar ajalah...

Usia 13 tahun

Wah.... satu lagi dunia baru bagi putera bila terpisah dari kawan-kawan yang sentiasa memahami permasalahan putera. Putera telah beralih sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kawan-kawan putera telah di tempatkan di Sek Men Pekan Kudat, putera pula telah di tukarkan oleh ayahnya ke SM ST Peter Kudat atas dasar kemapuan membayai kos penganggkutan ulang alik dari sekolah ( Sek Men Pekan Kudat ). Sekolah baru putera ini dekat sahaja dengan rumahnya, membolehkan putera ulang alik berjalan kaki sahaja. Ayah putera tidak pernah memilih bulu dari segi memberi kasih sayang kepada anak-anaknya. Terima Kasih ayahku.... Ayah putera tidak pernah berkerut dahi di hadapan anak-anaknya meksipun duit dalam kocek poketnya tak ada, ayah sentiasa mencari sesuatu untuk memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Hujan lebat, sakit, musim kemarau dan sebarang dugaan di hadapinya dalam ketenangan dalam memelihara anak-anaknya bagi mencapai kejayaan. " Ya Allah, jika Engaku berikan 1 dunia dan seisinya harta kepadaku, maka aku lebih memilih ayahku daripadanya".

Putera bertemu dengan kawan-kawan barunya. Putera masih lagi tidak mengenal erti sebuah kesusahan,kepayahan seorang ayah mencari rezeki. Jika Allah matikan putera tahun ini, pasti dan pasti putera akan di tempatkan di tempat yang amat dasyat sekali, tapi Allah Maha Memahami dan Penyayang. Usia putera telah tertulis amal baik buruk oleh Malaikat. Soal wajib,sunat,haram,harus telah di ambil kira. Tapi putera masih alpa lagi dalam mentaati perintah Allah lebih-lebih lagi dalam perkara solat. Solat putera masih "chip smoo", solat bila ada masa dan tanpa paksaan dari sesiapa melainkan atuknya ( dah pergi selama-lamanya ). Ayah putera tidak pernah bertanya adakah anaknya dah solat atau belum. Kasih sayang ayah dan ibu putera dalam memberi perkhidmatan jasmani sahaja tapi dari segi rohani ayah dan ibu masih kabur-kabur lagi. Inilah keluarga putera.

Dunia baru putera terbentang luas tanpa mengenal erti kehidupan sebenar. Putera masih dalam kekalutan di tambah lagi berkawan dengan kekawan yang setaraf dengannya. Putera beberapa kali terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik tetapi Allah melindungi putera dari melakukan kesalahan-kesalahan yang berat. Putera mula mengikuti jejak kekawan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, membuat masalah di sekolah. Putera masih jahil lagi. Putera tidak pernah sedar lagi bahawa keluarga putera bukan dari golongan yang berada. Berbekalkan 20 sen atau 30 sen sehari untuk belanja, kekadang tu tidak ada itupun putera masih tidak pernah terfikir bahawa kemiskinan hidupnya akan berterusan bila sikap ini diteruskan.

Pada masa yang sama, minat putera dalam subjek matematik mula timbul kerana sikap ambil tahu cikgunya. Terima kasih cikgu ku, ini semua berkat usaha mu dalam mendidik anak bangsa mu. Subjek-subjek lain, putera tidak ambil kisah sangat. Putera mula belajar berfikir, mengkaji dan mengenalpasti masalah. Bagi putera, subjek matematik adalah suatu subjek yang unik. Subjek yang perlu berfikir, perlukan ketepatan dalam mengenalpasti masalah. Ya Allah, Maha Hebat Engkau dalam memberi ilmu kepada hamba-hambaMu. MatematikMu lebih tepat berbanding dengan matematik hambaMu ( perancangan ). Bila cikgu memberi soalan matematik, putera akan mencari jawapan sehingga dapat meksipun masa mainnya telah di ambil. Putera tidak pernah gunakan pada subjek-subjek yang lain. Putera lebih arif menghafal sifir berbading ayat-ayat Al-Quran sebab putera masih buta Quran. Masih merangkak-rangkak lagi meksipun dah berusia 13 tahun. Putera masih jahil.

Ya Allah, Engkau berikan tahun ini putera sedikit nikmat meksipun putera masih mengabaikan tanggungjawap sebagai hambaMu. Putera banyak membuat perkara-perkara yang bertentang dari syiar Mu, tapi Engkau masih memberi nikmatMu. Maha Besar Engkau Ya Allah, tiada suatu yang melebih kemampuanMu. Andai kata hambaMu ini tahu sujud syukur tika itu, akan ku buat untuk Mu, Ya Allah.

Usia 12 tahun


" Adik, dah belajar kah ni..... Ayah nampak kamu asik dengan permainan aja, bila masa belajar ni ". " Kejab lagilah ayah.." Nilah sikap putera bila di rumah. Tahun ini, putera duduk peperiksaan UPSR, dalam diri putera tidak ada erti belajar, putera tidak mengenal erti derita keluarga malah baginya sentiasa redoh dengan apa yang ada. Sikap redoh inilah membuat putera tidak berminat dengan pelajaran. Ya Allah, jika Engkau cabut nyawa putera tahun ni, Putera mungkin di kalangan para ahli neraka ( Nawuzubillah ). Syukur kehadratMu ya Allah, masih memberi peluang hambaMu ini menikmati kehidupan sementara ini meskipun hambaMu tidak mengenalMu. Putera baru belajar erti solat. Erti sebuah tanggungjawap kepada yang Hak. Tapi, ia masih mengikut mood putera, jika nampak orang solat, maka putera pun solat. Putera masih lagi buta dalam mengenal erti solat khsyuk. Keperitan hidup tidak menghalang untuk keluarga putera merubah keadaan menjadi lebih baik. Tahun inilah abg sulung putera di ambil sebagai tenaga pengajar sementara di SM ST Peter Kudat kerana mendapat keputusan SPM yang baik. Tahun inilah juga rumah putera mendapat cahaya ketika malam ( bekalan elektrik ) dan TV hitam putih. Kelalaian putera dalam peperiksaan UPSR pun bertambah. Dulu dengan permaiannya sekarang ini dengan TV. Bila rancangan kegemeran putera, maka putera sentiasa memberi alasan membuatkan emak sentiasa akur dengan permintaan putera. Ibu putera yang garang, bila melihat anak bungsu lelakinya muka seposen ( hehehehe.... ) cairlah hatinya.. Putera sayang ibu.. Ya Allah tempatkan Ibuku dalam golongan-golongan yang sabar.

Ketika mengambil keputusan UPSR, putera dengan rakan sekelasnya berpesta. Dah berpakat, berapa sahaja keputusan UPSR yang diumumkan mesti gembira. Setiap orang membawa kuih muih dari rumah. Putera pun sama, siap minta tolong Ibu masakkan apa yang ada aja. Bila keputusan UPSR di berikan, putera hanya dapat 4C saja, kekawan putera yang lain ada yang dapat 2B 2C, 3C 1D, 4D, 2D 2E, 4E..... putera dapat ke-3 yang terbaik dalam kelas C, hehehe.... " Kamu buat apa dengan ni semua" saut cikgu putera kepada kelas putera. Bangun seorang kawan putera, " cikgu, nilah yang kami dapat, kami syukurlah, jadi kami nak bergembira, mana tahu lepas ini kami tak dapat jumpa kawan-kawan lagi. Pada masa yang sama pelajar-pelajar kelas A dan B, menitiskan air mata, air mata kesedihan dan kegembiraan dengan UPSR yang mereka perolehi, ada yang dapat 3A1B,2A2B,1A3B,4B..... Inilah keunikan kelas putera, kelas yang tak pernah berubah dari tahun 1 hingga tahun 6.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini setiasa menipu Mu, tapi Engkau limpahkan rahmat kepada hati-hati ini. Jika seluruh dunia dan seisinya beramal baik pada Mu, tidak akan bertambah keagungan Mu, jika seluruh dunia dan isinya melakukan kemurkaan kepada Mu, tidak akan berkurang kemulianMu. Ya Allah, berikanlah keimanan kepada hambaMu ini. HambaMu ini banyak melakukan kesalahan kepada Mu.


Terima kasih ayah... terima kasih ibu... putera sayang ayah ibu.

Usia 11 tahun

Tahun ini adalah tahun yang murung bagi keluarga putera, pemergian Atuk yang di sayangi buat selama-lamanya. Fikiran abang sulung putera bertambah kusut, siapa lagi yang mengajar abang tentang dunia islam. Atuk amat tegas dalam mengajar cucu-cucunya dalam mengamalkan fardu ain ( solat ), tapi putera masih lagi tidak di paksa oleh atuk, putera selalu mengadu masalah dengan atuk. Pemergian atuk cukup menguji putera, ini kerana sebelum atuk pergi buat selama-lamanya ia pada hari itu ia seperti orang yang tak pernah sakit. Putera masih ingat lagi, kakak sepupu pergi ke sekolah putera untuk memberitahu kepada putera dan kakak bahawa atuk dah pergi, puteralah yang menangis meraung-raung sambil memeluk kakak sepupu dan soalan demi soalan di tanya sambil air mata mengalir. Sampai sahaja di hadapan rumah, si Ibu yang sangat memahami isi hati putera lalu memeluk putera dan menenangkan hati putera yang sangat sedih. Ibu pesan, " Nak, Allah sayangkan atuk kamu, biarlah dia pergi dalam keadaan kita redoh, cukuplah.... dah.. jangan nangis lagi, atuk kamu dah banyak tinggalkan kebahagian pada kita". Putera pun rasa tenang dengan kata-kata si Ibu.

Ya, Allah.. Engkau cabut nyawa hamba-hambaMu yang soleh dahulu kenapa tidak hambaMu ini sahaja ( yang banyak dosa ), runggut putera dalam hatinya. Putera tidak lagi memahami erti kehidupan selepas kematian, kehidupan yang membawa kepada perhitungan amal. Jika Engkau cabut nyawa ini, pasti belum lagi akan di tuntut kerana ketika ini baik buruk belum di amal lagi. Alangkah baiknya... Tapi Allah Maha Mengetahui kehidupan hamba-hambaNya. Sekali lagi syukur ke hadrat Mu, Ya Allah. Putera masih lagi memcari-cari ERTI MEMBERI...

Usia 10 tahun

Ya, Allah kenapalah tahun ini Engkau tidak cabut sahaja nyawa hambaMu ini dari muka bumi ini. Tahun yang mana segala perhitungan amal belum lagi di buat. Dosa pahala belum lagi di kira. Putera masih lagi leka dengan perjuangan hidupnya dengan permainan dan kawan-kawannya. Pelajaran adalah perkara ke-2 bagi putera ketika di sekolah mahupun di rumah. Ibu putera sangat memahai apa jua alasan yang diberikan. Di raut muka putera seolah-olah ada jawapan dalam setiap gerak geri putera, inilah hebatnya ibu yang di sayanginya walaupun tanpa pendidikan, tapi cukup berpengalaman dalam urusan rumahtangga. "Terima kasih Ibu, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Ibu". Kedudukan peperiksaan putera masih lagi tidak berubah dari tahun satu sehinggalah tahun ini ( tahun 4 ), kelas yang di dudukinya masih lagi dari tahun 1 ( kelas C ).

Pagi-pagi lagi si ayah meninggalkan anak-anaknya selepas menunaikan solat subuh di masjid untuk menunaikan tanggungjawap mencari rezeki untuk memelihara kami semua. " Terima kasih ayah, walaupun keperitan hidup yang melanda, engkau tetap tabah mencari rezeki yang halal kepada kami, ayahlah terlalu baik, sekaya mana pun anakmu ni nanti tidak akan dapat membalas balik jasa mu ayah. Anakmu ni tidak melupakan itu semua, Ya Allah, jika ada sebuah syurga yang Engkau sediakan kepada hamba-hambaMu yang sentiasa bersabar, maka Engkau masukkanlah ayah dan ibu ku ke dalamnya"

Kenakalan si putera tidak terhenti di situ sahaja, pernah satu kejadian yang sehingga ini putera tidak dapat lupakan, semasa bermain-main dengan kawan-kawan di halaman rumah, putera terkena paku berkarat yang tercucuk di lutut putera kira-kira 4 inci masuk ke dalam. kaki putera tidak dapat bergerak. Putera meraung-raung menangis kesakitan. Kesan luka tersebut sampailah sekarang ini. Inilah luka yang paling sakit yang pernah putera terima. Hadiah kepada kenakalan putera ini. heheheheh...

Usia 9 tahun

Putera masih lagi lalai dengan cerita hidupnya yang sebenar. Dia masih lagi bergelumbang dengan dunia permainannya tanpa menghiraukan penat lelah seorang ayah mencari rezeki siang malam untuk memberi nafkah kepada 7 orang anak dan seorang isteri yang tercinta. Putera mula mecari rakan-rakan sebaya dengannya untuk mengisi masa lapang. Pelajarannya terus hanyut dalam lipatan tidurnya. Si ibu yang tidak mengenal erti persekolahan hanya mampu bertanya adakah kerja-kerja sekolah sudah siap ataupun belum. Banyak helah yang putera berikan kepada ibu tercinta demi untuk mendapatkan keizinan bermain dengan kawan-kawan barunya. " Ya, Allah, putera banyak dosa pada ibunya, tolong ampunkan dosa putera, ya Allah". Ibu yang tidak kenal erti penat sentiasa memberi dorongan kepada adik beradik meksipun putera seorang yang lemah dalam pelajaran, namun dia tidak pernah lebih-lebihkan antara satu sama lain. Kekadang tahap kesabaran si ibu tercabar oleh gelagat putera yang suka menyusahkan ibunya, namun si ibu jua tempat merujuk. " Ibu, putera sayangkan ibu. Ibu adalah segala-galanya ". Kenapalah putera di lahirkan dalam dunia ini ??? Hanya untuk menyusahkan ayah ibu sahaja!!!, Benarlah kata-kata Saidina Abu Bakar, andainya dia dahulu seekor burung yang terbang ke mana sahaja dia kehendaki, tetap Allah tidak masukkan ke dalam api neraka, burung yang sentiasa betasbih kepada Allah " Alangkah baiknya kalau putera seperti itu. Tetapi perancangan Allah lebih rapi dari perancangan manusia.

Keputusan peperiksaan putera tidak berubah dari tahun 1 nya, malah putera tidak pandai lagi membaca dan mengira, putera lembab dalam pelajaran. Sehinggakan tulisan putera sendiri pun putera tidak dapat baca. hehehe.... malam bercahayakan lampu pelita. Abang dan kakak putera yang mentelaah buku-buku pelajaran sedangkan putera bermain-main dengan permainannya. Putera tidak kenal erti masa hadapan. Abang jadikan ini semua sebagai cabaran hidupnya, dia mengerti erti sebuah derita dan berusaha untuk mengubah hidup keluarga putera pada suatu hari nanti. Putera sayangkan abang dan kakaknya, sayang sangat. "Ya Allah, Engkau tempatkan mereka di tempat yang mulia di hari pengadilan Mu, Sesungguhnya mereka sabar dalam mengajar seorang adik yang tidak kenal erti derita hidup, erti masa hadapan"

Putera masih tidak mengenal erti hidup. Masih tercari-cari lagi.... putera tetap bersyukur kepada Mu ya Allah.

Usia 8 tahun

" Anakku, peperiksaan dapat berapa " kata ayah putera kepadanya dengan penuh senyuman, "..... Ayah, adik dapat no 28 tau dalam kelas, banyak tu... ( dalam senyuman ada ketakutan ). hehehhehe.... " Napa banyak sangat tu, tengok abang man kamu tu, selalu dapat no 1 aja dalam kelas, kamu dapat no sebanyak tu ", putera mencari helah "mmmmmmmm..... alah ayah, cuba ayah tengok no abang man dengan adik, siapa yang lebih banyak ??... mesti adik kan ", saut ayah " ia ", " jadi, adiklah paling banyak ". " Berapa A yang kamu dapat " kata si ayah. Putera senyum lalu berkata " adik dapat banyak D, ayah "... " ayah, adik akan belajar sungguh-sungguh peperiksaan akan datang ah". Si ayah senyum saja dengan gelagat putera. Namun, dia tidak marah dengan keputusan putera dengan hanya mendapat 2D, 4E dalam peperiksaan tahun 1 nya. Ibu yang di besarkan tanpa pendidikan hanya terdiam kaku melihat gelagat ayah dan anaknya sahaja. Si ibu adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang tak pernah kenal erti sebuah sekolah tapi cukup arif dalam rumahtangga. " Sayang ibuku ", kata-kata inilah selalu di lafaskan dalam hatinya sebelum masuk kelas kerana ibu mengajar putera menyalam orang yang lebih tua darinya dalam keadaan apa sekali pun, sampailah sekarang ni ( inilah kesopanan yang tak lekang dek panas dari diri orang melayu ). Putera yang menjejak kakinya ke tahun 2, tanpa kelibat ibunya yang ada di sekolah. Ini kerana putera sudah ada teman pergi dan balik dari sekolah iaitu kakaknya, kerana putera masih takut bergaul dengan orang lain. Perjalan yang mengambil masa 15 hingga 20 minit dari rumah menjadi rutin putera dan adiknya. Ayah tak mampu menyewa kereta untuk adik beradik putera ke sekolah, namun ia tidak menghalang untuk adik beradik ini pergi ke sekolah. Putera masih tidak kenal apa erti sekolah, berbekalkan nasi dan ikan , kadang kala dengan garam sahaja ke sekolah. Putera tidak mengenal erti penat lelah seorang ayah mencari nafkah. Putera masih alpa lagi. Keputusan peperiksaan putera menyebabkan ia tergolong dalam pelajar-pelajar bermasalah, putera tidak tahu membaca, mengeja, mengira sehinggakan seorang cikgu pernah menegur putera tentang tulisan putera. Putera sendiri pun tak tahu apa yang putera tuliskan. heheheh.... cakar ayam lagi cantik...

Terima kasih ayah,.. terima kasih ibu, meksipun putera bermasalah di sekolah, ayah dan ibu tetap menyokong dan memberi semangat untuk belajar kepada putera. " Ya Allah, Engkau sediakanlah sebuah syurga untuk mereka di sana kelak, mereka tabah menjaga hambaMu yang bermasalah ini ". Cikgu putera pernah tegur putera, " Azman, pakaian kamu ni comot, kamu tak ada pakaian lain kah ", putera terus lari dari cikgu itu, lari daripada menyatakan kebenaran. Dalam hati putera, inilah baju hari ini, esok, lusa dan hari-hari.. akan bertukar bila bantuan kerajaan datang barulah baju putera berwajah baru. Tapi, putera tidak menangis, terima hakikat bahawa hidup putera dalam keadaan sederhana. Kasut putera bertukar 6 hingga 12 bulan sekali, dan pernah berjalan ke sekolah memakai kasut tetapi berkaki ayam. Namun, syukur tak pernah lekang dari dalam diri putera. " Ya Allah, hambaMu sentiasa bersyukur keatas Mu ",

Putera sentiasa memberi alasan ketika mengaji, sakit perutlah, sakit kakilah, macam-macam alasan yang putera bagi. Itulah abang dan kakak putera dah nak naik Al-Quran, putera masih lagi belajar Mukadam. Masih merangkak-rangkak lagi dalam pembacaan. Mengaji 2 jam sahaja sehari, putera mengaji 20 minit dah mula nak ke tandaslah, sakit-sakit kakilah, rehat sekejablah.. hehehehe.. Putera masih tak mengenal erti sebuah kehidupan yang sebenar. Putera selalu ikut gerak hatinya yang telah di kawal oleh hawa nafsunya, suka kepada keseronokan. Ruang untuk belajar hanya sedikit sahaja di peruntukan oleh putera, tetapi bermain-main terlalu banyak sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. Heheheh...

Kehidupan yang berlampukan pelita, berzinkkan zink yang bocor, rumah yang usang mampu lagi membuat keluarga ini bergembira. Hidup perlu di teruskan jua. Arwah Atuk selalu pesan, jangan sakiti jiran, jangan cari gaduh, solat jangan tinggal. Atuk lah yang mengajar abang dan kakak mengaji. " sayang atuk" semoga Allah tempatkan atuk di tempat orang-orang yang soleh.

Ya Allah, Engkau telah kurniakan hambaMu ini dengan sebuah keluarga yang bahagia.

;;