Usia 9 tahun

Putera masih lagi lalai dengan cerita hidupnya yang sebenar. Dia masih lagi bergelumbang dengan dunia permainannya tanpa menghiraukan penat lelah seorang ayah mencari rezeki siang malam untuk memberi nafkah kepada 7 orang anak dan seorang isteri yang tercinta. Putera mula mecari rakan-rakan sebaya dengannya untuk mengisi masa lapang. Pelajarannya terus hanyut dalam lipatan tidurnya. Si ibu yang tidak mengenal erti persekolahan hanya mampu bertanya adakah kerja-kerja sekolah sudah siap ataupun belum. Banyak helah yang putera berikan kepada ibu tercinta demi untuk mendapatkan keizinan bermain dengan kawan-kawan barunya. " Ya, Allah, putera banyak dosa pada ibunya, tolong ampunkan dosa putera, ya Allah". Ibu yang tidak kenal erti penat sentiasa memberi dorongan kepada adik beradik meksipun putera seorang yang lemah dalam pelajaran, namun dia tidak pernah lebih-lebihkan antara satu sama lain. Kekadang tahap kesabaran si ibu tercabar oleh gelagat putera yang suka menyusahkan ibunya, namun si ibu jua tempat merujuk. " Ibu, putera sayangkan ibu. Ibu adalah segala-galanya ". Kenapalah putera di lahirkan dalam dunia ini ??? Hanya untuk menyusahkan ayah ibu sahaja!!!, Benarlah kata-kata Saidina Abu Bakar, andainya dia dahulu seekor burung yang terbang ke mana sahaja dia kehendaki, tetap Allah tidak masukkan ke dalam api neraka, burung yang sentiasa betasbih kepada Allah " Alangkah baiknya kalau putera seperti itu. Tetapi perancangan Allah lebih rapi dari perancangan manusia.

Keputusan peperiksaan putera tidak berubah dari tahun 1 nya, malah putera tidak pandai lagi membaca dan mengira, putera lembab dalam pelajaran. Sehinggakan tulisan putera sendiri pun putera tidak dapat baca. hehehe.... malam bercahayakan lampu pelita. Abang dan kakak putera yang mentelaah buku-buku pelajaran sedangkan putera bermain-main dengan permainannya. Putera tidak kenal erti masa hadapan. Abang jadikan ini semua sebagai cabaran hidupnya, dia mengerti erti sebuah derita dan berusaha untuk mengubah hidup keluarga putera pada suatu hari nanti. Putera sayangkan abang dan kakaknya, sayang sangat. "Ya Allah, Engkau tempatkan mereka di tempat yang mulia di hari pengadilan Mu, Sesungguhnya mereka sabar dalam mengajar seorang adik yang tidak kenal erti derita hidup, erti masa hadapan"

Putera masih tidak mengenal erti hidup. Masih tercari-cari lagi.... putera tetap bersyukur kepada Mu ya Allah.

0 komen: