Usia 4 tahun

Masa berganti masa, hari berganti hari, waktu berganti waktu, begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar putera ini telah menjangkau usia 4 tahun. Putera ini masih lagi tidak mengenal erti sebuah kehidupan. Masih lagi dalam kepompong emaknya, yang tak pernah lari dari ketiak maknya. Boleh dikatakan terlepas dari dakapan maknya, ia mesti risau seribu bahasa. Hanya maknya sahaja memahami kemahuannya " Anak Mak ".

Putera ini tidak kenal erti sensara, sedangkan Ayahnya berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk menanggung kehidupan seorang isteri dan 7 orang anak. Berlampu pelita, berzink bocor, nampun hidup perlu diteruskan. Adik beradik tidak pernah merunggut. Kehidupan cukup sederhana membawa kepada adik beradik sentiasa tidak berkelahi kerana sesuatu benda, melainkan putera ini. Apa yang ada pada abangnya ia mesti ada. Mahu tak mahu mereka menurut kehendak putera ini. :)

Putera di keruniannya oleh Allah seorang adik perempuan yang tak jauh beza umur iaitu setahun sahaja. Tapi, putera ini tetap nak lebih dari yang lain. Inilah kekuatan putera ini ketika kecil lagi " semua dia punya ". Putera ini tidak kenal lagi apa itu solat, puasa, dosa pahala. Pengetahuan yang kurang dalam agama menyebabkan putera ini tidak di didik dalam kehidupan beragama dalam keluarga. Namun, putera ini masih dapat tersenyum, tertawa dan berseronok dengan kehidupannya. Ayahnya yang tidak pernah tinggalkan solat pun tak pernah hiraukan adakah anak-anaknya solat. Alhamdulillah, abang-abang dan kakak putera ini mencari guru sendiri untuk belajar fardu ain.

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi sholeh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (al-Kahfi, 18: 46)

Semoga Allah jadikan putera ini sebahagian daripada golongan orang-orang yang soleh suatu hari.

0 komen: