Sejarah Hidup ku...

Pada tanggal 26 April 1982.. telah lahir seorang hamba Allah dari seorang ibu yang cekal hatinya menjaga 9 bulan 10 hari dalam kandungan. Pertarungan antara hidup dan mati untuk melahirkan seorang putera dalam keadaan sedar dan tidak. Allah telah meluluskan perjalanan ke-2 hidup putera ini dengan memberi putera ini melihat dunia yang penuh tipu daya. Di antara kehidupan yang perlu di harungi oleh setiap insan yang bergelar manusia. Kehidupan yang akan menentukan perjalanan untuk menempuh 2 lagi kehidupan yang akan datang.

Kelahiran putera ini di sambut dengan akikah hari yang ke-7 oleh kaum kerabatnya dengan sederhana, semoga pengorbanan mereka mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mendapat rahmat di sisi Allah. Di sinilah putera tersebut belajar mengenal erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran dari pada Yang Pencipta. Surah Al-Ankabut ayat 64:
” Dan tidaklah kehidupan di dunia ini,melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan di akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui.”

Putera tersebut telah di beri nama Azman, anak ke-6 daripada 3 orang abang dan 2 orang kakak. Masih tidak mengenal erti sebuah kehidupan dan hanya tahu menangis, ketawa, makan, minum sahaja..


0 komen: