Usia 7 tahun


Putera ini masih dengan jiwa kenakalannya yang tak pernah lentur dari dirinya. Inilah didikan abang dan kakaknya. Adik putera adalah mangsanya bila abang dan kakaknya tak ada di rumah. he.he.he.he.. Tahun inilah putera baru nak mengenal apa itu A B C ...., tahun paling sukar baginya kerana ibunya sentiasa berada di sekolah sehingga kelas selesai. Jika kelibat ibunya tak kelihatan di penjuru kelas mulalah hatinya resah. Mencari demi mencari bayangan ibunya sehinggakan cikgu mengajar di hadapan pun pelik melihat keadaan putera ini. Fikiran putera dah tak tentu arah dah mencari erti sempati dan kasih sayang dari seorang ibu. Ibu sanggup tinggalkan dia dalam keadaan ia baru mengenal erti sebuah meminta. Putera tak tahu apa sebenarnya dia nak bila berada di sekolah. Mainan di rumah masih di bawah ke mana-mana sahaja pergi, tersemat dalam beg plastik yang ibu sediakan. Ibu pernah bagitau " Nak, beg ini yang mampu mak beli untuk mu ke sekolah, jaga bebaik ah, beg ini lebih tak ada nilai bagi mereka, tapi bagi kita ini yang kita mampu, kalau koyak nanti mak jahitkan balik ah. Kesian ayah kamu ", Putera ini tidak merintih, dia tahu abang dan kakaknya memakai beg yang sama jenis jua ke sekolah. Pegi sekolah dengan pakaian yang telah diberikan oleh pihak sekolah, orang lain berseluar panjang, putera ini masih memakai seluar pendek ke sekolah ( pakaian bantuan kerajaan ). Dia tak hiraukan sangat kerana kelibat ibu leibh penting dari pakaian dan beg sekolah ini. Pernah sekali putera ini keluar dari kelas semata-mata mencari kelibat ibunya yang balik selepas menghantar ke sekolah. Putera mengekori ibunya dari belakang sehingga ibunya sedar bahawa dia mengekori dari belakang. Ibunya marah hingga ibunya membawa rotan setiap kali pergi menghantar putera kesayangannya. Ibu pesan " Nak, kalau ibu sentiasa jaga kamu di sekolah, siapa jaga adik kamu di rumah? siapa yang masakkan bekalan untuk ayah kamu? " dengan pantas putera berkata " Ibu tak sayang dengan saya lagi " Renungan si ibu yang tenang dan senyuman yang sangat manis membuatkan kemarahan putera mula turun dan putera mendakap ibu yang di kasihnya dengan kasih sayang, dia masih tak mengerti apa ertinya " Erti meminta ". Si ibu tidak pernah merungut sedikit pun dengan kerenah puteranya.

Ayah yang tak pernah mengenal erti penat, memotong rumput, bertukang dan macam-macam kerja dibuatnya. Pernah rakan sekerjanya berkata padanya " kamu ni kerja tak tahu erti rehat, rehat 10 minit sambung kerja balik, gaji pun tak pernah tambah-tambah", dengan senyuman ayah menjawab " Aku ada 7 orang anak, aku nak tengok dia orang semua berjaya, lagi pun kalau aku berhenti aku cepat ngantuk " Nilah nilai yang tak mampu putera, abang dan kakaknya bayar sampailah sekarang ni ( coretan ini di tulis ). Dalam sejarah keluarga putera, ayah tak pernah marah sama sekali pada anak-anaknya meski pun anak-anaknya membuat salah yang membuat sesetengah ayah akan marah. " Ya, Allah, Engkau berikan putera sebuah keluarga yang miskin tapi penuh dengan kasih sayang , terima kasih Ya Allah ".

Berlampukan pelita ketika malam tidak menghalang abang dan kakak putera untuk mentelaah buku-buku. Putera masih dengan mainan-mainannya. Masih tak mengenal erti sebuah masa hadapan kerana sibuk dengan permainannya. Putera belajar erti kesabaran dari seorang ibu dan seorang ayah yang penuh kesabaran dalam membesarkan anak-anaknya. " Ibu, engkau tak ada setanding dengan ibu-ibu yang lain dalam dunia ini, terima kasih ibu "

Putera bejalar erti bersyukur...

0 komen: