Keputusan peperiksaan putera tidak berubah dari tahun 1 nya, malah putera tidak pandai lagi membaca dan mengira, putera lembab dalam pelajaran. Sehinggakan tulisan putera sendiri pun putera tidak dapat baca. hehehe.... malam bercahayakan lampu pelita. Abang dan kakak putera yang mentelaah buku-buku pelajaran sedangkan putera bermain-main dengan permainannya. Putera tidak kenal erti masa hadapan. Abang jadikan ini semua sebagai cabaran hidupnya, dia mengerti erti sebuah derita dan berusaha untuk mengubah hidup keluarga putera pada suatu hari nanti. Putera sayangkan abang dan kakaknya, sayang sangat. "Ya Allah, Engkau tempatkan mereka di tempat yang mulia di hari pengadilan Mu, Sesungguhnya mereka sabar dalam mengajar seorang adik yang tidak kenal erti derita hidup, erti masa hadapan"
Putera masih tidak mengenal erti hidup. Masih tercari-cari lagi.... putera tetap bersyukur kepada Mu ya Allah.
Terima kasih ayah,.. terima kasih ibu, meksipun putera bermasalah di sekolah, ayah dan ibu tetap menyokong dan memberi semangat untuk belajar kepada putera. " Ya Allah, Engkau sediakanlah sebuah syurga untuk mereka di sana kelak, mereka tabah menjaga hambaMu yang bermasalah ini ". Cikgu putera pernah tegur putera, " Azman, pakaian kamu ni comot, kamu tak ada pakaian lain kah ", putera terus lari dari cikgu itu, lari daripada menyatakan kebenaran. Dalam hati putera, inilah baju hari ini, esok, lusa dan hari-hari.. akan bertukar bila bantuan kerajaan datang barulah baju putera berwajah baru. Tapi, putera tidak menangis, terima hakikat bahawa hidup putera dalam keadaan sederhana. Kasut putera bertukar 6 hingga 12 bulan sekali, dan pernah berjalan ke sekolah memakai kasut tetapi berkaki ayam. Namun, syukur tak pernah lekang dari dalam diri putera. " Ya Allah, hambaMu sentiasa bersyukur keatas Mu ",
Putera sentiasa memberi alasan ketika mengaji, sakit perutlah, sakit kakilah, macam-macam alasan yang putera bagi. Itulah abang dan kakak putera dah nak naik Al-Quran, putera masih lagi belajar Mukadam. Masih merangkak-rangkak lagi dalam pembacaan. Mengaji 2 jam sahaja sehari, putera mengaji 20 minit dah mula nak ke tandaslah, sakit-sakit kakilah, rehat sekejablah.. hehehehe.. Putera masih tak mengenal erti sebuah kehidupan yang sebenar. Putera selalu ikut gerak hatinya yang telah di kawal oleh hawa nafsunya, suka kepada keseronokan. Ruang untuk belajar hanya sedikit sahaja di peruntukan oleh putera, tetapi bermain-main terlalu banyak sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. Heheheh...
Kehidupan yang berlampukan pelita, berzinkkan zink yang bocor, rumah yang usang mampu lagi membuat keluarga ini bergembira. Hidup perlu di teruskan jua. Arwah Atuk selalu pesan, jangan sakiti jiran, jangan cari gaduh, solat jangan tinggal. Atuk lah yang mengajar abang dan kakak mengaji. " sayang atuk" semoga Allah tempatkan atuk di tempat orang-orang yang soleh.
Ya Allah, Engkau telah kurniakan hambaMu ini dengan sebuah keluarga yang bahagia.
Ayah yang tak pernah mengenal erti penat, memotong rumput, bertukang dan macam-macam kerja dibuatnya. Pernah rakan sekerjanya berkata padanya " kamu ni kerja tak tahu erti rehat, rehat 10 minit sambung kerja balik, gaji pun tak pernah tambah-tambah", dengan senyuman ayah menjawab " Aku ada 7 orang anak, aku nak tengok dia orang semua berjaya, lagi pun kalau aku berhenti aku cepat ngantuk " Nilah nilai yang tak mampu putera, abang dan kakaknya bayar sampailah sekarang ni ( coretan ini di tulis ). Dalam sejarah keluarga putera, ayah tak pernah marah sama sekali pada anak-anaknya meski pun anak-anaknya membuat salah yang membuat sesetengah ayah akan marah. " Ya, Allah, Engkau berikan putera sebuah keluarga yang miskin tapi penuh dengan kasih sayang , terima kasih Ya Allah ".
Berlampukan pelita ketika malam tidak menghalang abang dan kakak putera untuk mentelaah buku-buku. Putera masih dengan mainan-mainannya. Masih tak mengenal erti sebuah masa hadapan kerana sibuk dengan permainannya. Putera belajar erti kesabaran dari seorang ibu dan seorang ayah yang penuh kesabaran dalam membesarkan anak-anaknya. " Ibu, engkau tak ada setanding dengan ibu-ibu yang lain dalam dunia ini, terima kasih ibu "
Putera bejalar erti bersyukur...
Putera ini tetap dengan egonya yang tak pernah mengalah dengan si abang dan kakaknya. Tapi sentiasa menjadi mangsa si abang ke-2, apa taknya, abangnya dah tegas siap dengan perwatakan yang suka marah-marah dan suka melepas kat putera ini. Putera tetap sayang abang dan kakaknya meksipun jadi bahan tetawa keluarga. Sikap yang ada pada putera ini yang buat maknya tak hirau bila di sebat dengan rotan ialah mesti masuk biliknya dan kunci bilik tu rapi-rapi sehingga perut lapar baru keluar. Orang sekarang ni bila dah merajuk mesti lari dari rumah tapi putera ini dia akan cari biliknya jua. Bilik putera ini sentiasa basah bila hujan turun. Siap dengan bekas untuk mengelak air mengalir ke tilam. Syukur tak pernah hilang dari bibir putera untuk mengharungi hidup ini. Dia baru mengenal hidup pada memberi.
Putera tidak mengenal erti sekolah tadika, tidak mengenal erti membaca bahkan menulis. Tetapi suka untuk menganggu abang dan kakaknya membuat kerja sekolah. Itulah rutin hariannya. Tidak mempunyai ramai kawan, hanya bertemankan abang, kakak dan adik sahaja. Ayah jarang sekali membawa putera ini pegi berjalan-jalan sekitar pekan. Putera memahami keadaan pada masa itu, ia tetap akur dengan keadaan keluarganya. Rumah putera berhadapan dengan laut yang cantik menyebabkan setiap hari, pergi mandi laut bertemankan abang dan kakak. Laut jua adalah teman yang memahai hati putera ini. Putera masih mencari erit hiduap pada memberi....
Firman Allah :-
“Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (al-Baqarah, 2: 186)
Semoga putera ini menjadi seorang yang sentiasa ingat pada Allah dan hari mendatang.
Masa berganti masa, hari berganti hari, waktu berganti waktu, begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar putera ini telah menjangkau usia 4 tahun. Putera ini masih lagi tidak mengenal erti sebuah kehidupan. Masih lagi dalam kepompong emaknya, yang tak pernah lari dari ketiak maknya. Boleh dikatakan terlepas dari dakapan maknya, ia mesti risau seribu bahasa. Hanya maknya sahaja memahami kemahuannya " Anak Mak ".
Putera ini tidak kenal erti sensara, sedangkan Ayahnya berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk menanggung kehidupan seorang isteri dan 7 orang anak. Berlampu pelita, berzink bocor, nampun hidup perlu diteruskan. Adik beradik tidak pernah merunggut. Kehidupan cukup sederhana membawa kepada adik beradik sentiasa tidak berkelahi kerana sesuatu benda, melainkan putera ini. Apa yang ada pada abangnya ia mesti ada. Mahu tak mahu mereka menurut kehendak putera ini. :)
Putera di keruniannya oleh Allah seorang adik perempuan yang tak jauh beza umur iaitu setahun sahaja. Tapi, putera ini tetap nak lebih dari yang lain. Inilah kekuatan putera ini ketika kecil lagi " semua dia punya ". Putera ini tidak kenal lagi apa itu solat, puasa, dosa pahala. Pengetahuan yang kurang dalam agama menyebabkan putera ini tidak di didik dalam kehidupan beragama dalam keluarga. Namun, putera ini masih dapat tersenyum, tertawa dan berseronok dengan kehidupannya. Ayahnya yang tidak pernah tinggalkan solat pun tak pernah hiraukan adakah anak-anaknya solat. Alhamdulillah, abang-abang dan kakak putera ini mencari guru sendiri untuk belajar fardu ain.
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi sholeh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (al-Kahfi, 18: 46)
Semoga Allah jadikan putera ini sebahagian daripada golongan orang-orang yang soleh suatu hari.
Kelahiran putera ini di sambut dengan akikah hari yang ke-7 oleh kaum kerabatnya dengan sederhana, semoga pengorbanan mereka mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mendapat rahmat di sisi Allah. Di sinilah putera tersebut belajar mengenal erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran dari pada Yang Pencipta. Surah Al-Ankabut ayat 64:
Putera tersebut telah di beri nama Azman, anak ke-6 daripada 3 orang abang dan 2 orang kakak. Masih tidak mengenal erti sebuah kehidupan dan hanya tahu menangis, ketawa, makan, minum sahaja..